Lebih RM2 juta diperuntukkan bagi menggantikan tujuh jambatan runtuh atau tidak selamat yang menjadi laluan utama komuniti Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.<br /><br />Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff , jambatan yang terletak di laluan sepanjang 34 kilometer bermula dari Pos Simpor menuju ke Pos Gob itu sering mengalami kerosakan terutamanya ketika musim hujan.